

IKATAN STUDI ISLAM (ISIUKM)
UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA (UKM)
LATAR BELAKANG

VISI
Membudayakan suasana Islam bagi mendaulatkan kesuciannya dengan mewujudkan generasi Rabbani.

MISI
1. Memperkasakan platform ideal untuk melahirkan generasi rabbani yang profesional.
2. Memasyarakatkan ISIUKM sebagai institusi dakwah.
3. Mengaplikasikan amar ma’ruf nahi munkar pada setiap aspek.
4. Memperkemas pengurusan organisasi dan sumber (manusia & kewangan) secara efisien dan profesional demi kelangsungan dakwah.

OBJEKTIF
• Meningkatkan komitmen dan softskill penyampaian nuqaba'.
• Mewujudkan ahli usrah yang komited dan faham terhadap usrah.
• Mengukuhkan hubungan yang baik antara ISIUKM dengan pihak pentadbiran dan kakitangan UKM.
• Meluaskan interaksi sosial ISIUKM dengan mahasiswa UKM dan persatuan mahasiswa islam kampus lain.
• HELWA berperanan sebagai wadah utama untuk siswi UKM.
• Membudayakan amar ma'ruf nahi mungkar dalam kalangan ahli ISIUKM.
PROGRAM ISIUKM
ISIUKM menyediakan pelbagai program yang boleh membina kemahiran insaniah dan mengembangkan bakat anda yang terpendam setelah memasuki alam universiti.









USRAH
Apa itu usrah?
​
Usrah berasal daripada perkataan Arab yang membawa maksud keluarga.
Usrah adalah medium pendidikan atau dalam bahasa islamiknya adalah medium pentarbiyahan. Usrah bukan hanya semata-mata medium ilmu, ia juga adalah medan untuk membina rantaian ukhuwah, serta mewujudkan keselarasan fikrah dan amal antara ahli usrah.
Usrah adalah strategi terbaik yang digunakan oleh Rasulullah SAW dalam membentuk peribadi generasi awal sahabat bagi memantapkan keyakinan kepada Allah dan Rasul.
​
Boleh ke usrah dijalankan atas talian?
​
Sudah tentu boleh. Mengapa tidak?
Usrah di atas talian adalah antara strategi baru yang cuba diperkasakan barisan pimpinan ISIUKM memandangkan negara kita dilanda wabak COVID-19 yang membataskan pergerakan fizikal.
Naqib/naqibah berperanan dalam menjalankan usrah atas talian ini melalui aplikasi yang bersesuaian seperti Google Meets, WeBex, Hangouts dan sebagainya. Usrah akan dijalankan mengikut silibus yang telah ditetapkan dan diadakan setiap minggu. Kehadiran bagi setiap anak usrah juga akan dicatat oleh naqib/naqibah.
Semoga kita semua terus istiqamah dengan kebaikan.


FIND US
Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor
Malaysia
​
FB | IG | TWITTER
@ISIUKMOfficial
​